NASIHAT YANG BAIK UNTUK DIRIKU~~

February 9th, 2008 by gemilangcinta4jj1

ketika ini saya sngt memerlukan nasihat dari seseorang..dari emak mungkin tidak..krna saya sendiri terlepas peluang untuk bersembang-sembang dengannya ketika cuti lepas..saya sedih kerana tiada komunikasi yang baik antara kami..tapi saya faham akan kesibukan emak..mungkin kali akan datang..dan saya tidak mahu terlepas peluang lagi..

alternatifnya, saya pon buka ruangan artikel dalam VF..dan alhamdulillah saya menjumpai cacatan seorang ‘emak’ dalam artikel ini..alhamdulillah, dan saya bersedia meminjam ‘emak’ ini untuk diri saya..terima kasih ‘emak’..nasihat2mu nanti saya akan berusaha utk ikut..alhamdulillah, Engkau kurniakan ‘emak’ ini padaku…syukur.. >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

Aku terkedu apabila soalan itu keluar dari mulut mongel itu lalu singgah di telingaku beberapa tahun lalu. Ya. Aku baru sedar bahawa puteriku sudah remaja, sudah mengenali alam percintaan. Namun apa boleh ku buat, dia telah jatuh cinta!Apakah yang bakal ku ‘bual’kan kepadanya tentang cinta. Aku mencongak kata-kata yang bakal ku susun, agar dia tidak akan lari dari aku. Aku bertekad untuk menjadi ibu yang mendengar. Jika aku gagal. Aku akan kehilangannya buat selama-lamanya.

Apakah cinta itu sebenarnya? Bagaimana Islam memandang cinta? Bagaimana pula jika cinta telah menghampiri kita? Cinta atau mahabbah asalnya bermakna bening dan bersih. Boleh diertikan juga air yang melimpah ruah selepas hujan turun dengan lebatnya. Oleh itu boleh disimpulkan al Mahabbah sebagai luapan hati dan gelojak rindu ketika diselubungi keinginan untuk bertemu dengan kekasih.Cinta boleh membawa sengsara namun boleh juga membawa bahagia. Ianya bergantung kepada bagaimana kita mengurus cinta itu.

Islam memandang cinta terhadap berlainan jenis dalam 3 perspektif :

1. Menyintainya kerana Allah (mendekatkan diri pada Allah dan mentaatiNya) . Ini termasuk cinta yang bermanfaat. Contohnya cinta suami isteri yang bernikah untuk menjaga dirinya dari perkara maksiat dan juga bernikah kerana mengikuti sunnah Rasulullah menyambung generasi pejuang.

2. Cinta yang mendatangkan murka Allah. Lebih kita kenali sebagai cinta kerana nafsu berahi. Cinta inilah yang memalingkan kita dari Allah, membuat kita lupa akanNya dan mendorong untuk melanggar syariatNya. Firman Allah yang bermaksud:

“Dan di antara manusia ada orang yang mengangkat sesembahan selain Allah, mereka mencintai sebagaimana mencintai Allah. Adapun orang-orang beriman sangat cintanya pada Allah. Dan Allah tidak akan menunjuki orang-orang fasik.” ( al-Baqarah :65)

3. Cinta yang mubah (harus), adalah cinta yang tidak ada unsur kesengajaan. Misalnya ‘cinta pandang pertama’ yang tidak sampai kita membuat maksiat kepada Allah. Kita merahsiakannya dan menahan diri kita untuk tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang. Jadi bagaimana kita menanggapi dan mengurus perasaan cinta yang menghampiri kita?

Mana mampu kita hendak menolak cinta yang datangnya tanpa diundang. Memang perasaan cinta tidak boleh ditahan dan dibendung cuma kita hendaklah berlaku jujur dan menyalurkannya mengikut kehendak syariat. Perasaan ‘cinta suci remaja’ memang biasa diucapkan. Cuma dalam hal ini syaitan memainkan peranan dalam menggelincirkan kita kepada kemungkaran dan larangan Allah.

Memang adat bercinta semuanya mendakwa cinta mereka ikhlas dan suci murni tetapi syaitan memainkan peranannya sehingga tidak kita sedari ia banyak melanggar larangan Allah. Ingatlah bahawa setiap yang haram itu adalah haram walau apa keadaan sekalipun cuma kita yang kadang-kadang cuba ‘menghalalkannya’ dengan membuat pelbagai alasan, itu dan ini. Di sisi Allah ia adalah satu dosa dan setiap dosa layaknya adalah neraka.

Apa kata kita lihat hadis Rasulullah ini dalam sunah Ibni Majah :

“Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah”

Apa? Nikah?!!, Tidak mungkin… sekolah pun belum habis, bagaimana nak bernikah?

Marilah kita lihat apa yang dikatakan pencipta kita : “Janganlah kalian dekati zina… ” (al Isra’:32)

“ Ah, terlalu ekstrim! Takkanlah bercinta dianggap mendekati zina?”

Tapi bukankah kita pernah dengar sabda Rasulullah: 

“Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita… Tidaklah bersendirian diri dengan seorang wanita kecuali ketiganya syaitan…” (hari Tabrani). “ Kedua tangan juga dapat berzina dan zinanya adalah menyentuh dan kedua kaki juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju tempat maksiat) dan mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman” (hari. Muslim dan Abu Daud)

Anakku, kamu seorang remaja Muslim yang baik, tidak akan berdalih lagi untuk mengelak dari perkataan Allah dan RasulNya. Mampukah anakku tidak berdalih lagi? Umpamanya kerana kasihan, kerana ingin mendakwahinya, kerana boleh menasihatinya, kerana mencari rakan diskusi intelek, dan sebagainya. "Jadi mama, apa penyelesaiannya? "

Bagi anakku yang sudah jatuh cinta, rasakan cintamu dalam hati, berusahalah untuk melupakannya buat sementara waktu dan sibukkan diri dengan sesuatu yang bermanfaat. Tahanlah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama seperti mengelamun, berangan-angan dan membayangkan wajahnya yang tampan dan menggoda. Bersabarlah menghadapi ujian cinta ini. Jagalah batas batas pergaulan.

Peliharalah kehormatan diri. Jangan biarkan cinta yang mubah ini menjadi cinta yang salah. Berdoalah kepada Allah agar dipertemukan kamu jika dia paling sesuai untukmu, agamamu dan keluargamu. Apabila tiba masanya nanti, apabila jodohmu ada insyaAllah kamu akan ditemukan dalam hubungan yang diredhai Allah. Pun begitu perhatikanlah juga perkara-perkara di bawah ini agar hatimu tidak mudah menjadi rawan :

1. Tundukkan pandanganmu dari perkara-perkara yang boleh menaikkan nafsu. Ataupun janganlah merenung kaum berlawanan jenis (an Nur:30-31)

2. Hindari berdua-duaan dan ikhtilat (campur gaul tanpa batasan). Elakkan berinteraksi dengan bukan mahram dengan perkara-perkara kurang penting yang melalaikan.

3. Hindari dari menonton filem atau drama atau cerita cinta yang mengasyikkan dan mengghairahkan nafsu.

4. Hindari bacaan/novel yang menghanyutkan hati kita lantas tergoda dengan perangkap cinta palsu.

5. Hindari lagu-lagu cinta kerana boleh melemahkan hati dan memendekkan cita-cita.

6. Sibukkan dengan mengaji dan berzikir. Bergaullah dengan kawan-kawan yang baik kerana kadang-kadang hati kita kalah kepada ‘cinta’ ini kerana kebodohan kita terhadap ilmu agama dan lemahnya iman kita.

7. Apabila kita telah mempunyai seorang ‘teman akrab’, cukuplah kiranya kita fahami maksud firman Allah:

“Dan (ingatlah) hari (ketika itu) orang yang zalim menggigit kedua tangannya seraya berkata “Aduhai kiranya dulu aku mengambil jalan bersama-sama Rasul. Kecelakaan besarlah bagiku. Kiranya aku dulu tidak menjadikan si fulan itu teman akrabku (kekasihku). Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku al-Quran ketika al-Quran telah datang kepadaku. Dan adalah syaitan itu tidak mahu menolong manusia” (al-Furqan”27- 29).

Maka janganlah kita menyesal dikemudian hari kerana terlanjur mengambil seorang ‘teman akrab’ yang kononnya menyintai kita.

8. Puasalah untuk meredam perasaan nafsu dan rindu. Ingatlah firman Allah yang bermaksud:

“Adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan nafsunya maka sesungguhnya syurgalah tempatnya” (an-Naziat:40- 41).

9. Bernikah sahajalah jika sudah benar-benar mampu dari segi fizikal, kewangan, emosi dan intelekmu.

"Aduhai mama, susahnya!" Boleh jika kamu mahu, jangan bersedih. Syurga itu kan lebih indah.. Dalam sabda Rasulullah juga bersabda bahwa jika kita meninggalkan sesuatu yang disukai manusia tapi dibenci Allah maka Allah akan mencukupkan diri kita dari sesuatu yang kita perlukan.Alangkah baiknya Allah, sanggupkah kita mengkhianatiNya? Bukankah Dia yang telah mencipta dan memelihara kita selama ini? Tidakkah Dia lebih baik dan sesuai, maka pantas untuk dicintai?

Rasulullah bersabda: “Tidak sempurna iman seseorang hamba sehingga ia lebih mencintai Allah daripada mencintai anaknya, orang tuanya dan semua manusia”

Siapakah yang dapat menolong kita di hari akhir nanti? Kekasih kita kah? Tentu tidak. Oleh kerana itu tetaplah tersenyum dan berlapang dada dalam menghadapi cinta ini. InsyaAllah, Allah akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik, kekasih yang suci dan soleh/solehah yang bergelar suami/isteri, di dunia dan syurga di akhirat nanti, insyaAllah..

Namun anakku, jika kamu dan kekasihmu sudah tidak boleh dipisahkan lagi, cintamu sudah terlalu mencengkam kalbu, tidurmu sudah tidak lena lagi, makanmu sudah tidak lagi kenyang, mandimu sudah tidak lagi basah, mama relakan perkahwinanmu. Mama akan aturkan pernikahanmu secepat mungkin, demi menjaga kesucian syariat dan memelihara satu rantaian zuriat masa depan yang bersih,suci dan soleh sepanjang generasi zaman. InsyaAllah

alhamdulillah…yang baek jadikan teladan..yang buruk jadikan sempadan..

FASA BARU ..???

January 26th, 2008 by gemilangcinta4jj1

haha..apa la kena mengena dengan fasa dlm hidup saya???..saya punya jawapan itu..saya rasakan diri saya sekarang dilamun cinta..hahaha..terlalu keterlaluankah ayat saya???..pedulikanlah..saya jatuh cinta..???..ketawa dalam senyuman kuat2 dan menjerit…sy sudah jatuh cinta..!!!~~~~~

frasa "cinta ibarat kentut, ditahan sakit dilepas takut" benar2 membelenggu diri saya ketika ini..saya sudah jatuh cinta pada seseorang..frasa ini sangat2 memberi makna kepada saya..walaupon kentut itu busuk, saya tidak mahu menganggap cinta saya juga busuk seperti kentut..itu cuma perumpaan yang saya rasakan amat seswei dengan diri saya ketika ini..manakan tidak…ketika ini, saya takut melepaskan atau lebih seswei dengan penggunaan ayat meluahkan perasaan saya ini…namun, mampukah saya menahan perasaan ini???..tepok dada berkali2 pon tidak memberi jawapan…makin "sakit" ada laa…

walaupon ini bukanlah kali pertama saya berperasaan seperti ini.."mencintai seseorang dalam diam"…pengalaman lepas saya pernah menahan perasaan lebih 4 tahun..dan sekarang perasaan itu menjadi tawar dengan ungkapan kata yang menjurus kepada penolakan..dan saya redha kerana ianya bukan rezeki saya..dan pada insan itu, saya doakan dia agar bahagia dengan pilihannya sendiri..dan, perkataan serik yang pernah saya ungkapan ketika kekecewaan menguasai diri dahulu tidak lagi memberi makna ketika ini..saya terlalu gembira sebenarnya…gembira kerana saya masih ingin memberi peluang kepada diri saya sendiri..dan adakah kali ini saya perlu meluahkah pada insan ini…hoho..(xmampu den)..

cinta..bukan tidak ada yang memberi ruang..saya sendiri tidak ingin memasuki ruang itu..saya ingin memiliki dan dimiliki..bukan hanya untuk dimiliki dan bukan hanya memiliki..saya ingin kedua-duanya..pepatah mencintai tidak semestinya memiliki menjadikan saya takut untuk menghadapi cinta..kerana sifat kemilikan saya mungkin menjadi tekanan pada yang memberi peluang…maafkan saya..

argh..pelbagai sumber telah saya mohon pendapat mereka ttg perasaan saya ini..pelbagai kaunselor tidak bertauliah memberikan pendapat kepada saya.."let him know"..oh tidak2..saya takut kepada penolakan juga..tapi perlukah saya mengangkat bendera putih sebelum berjuang..atau adakah saya hanya memandangnya dari jauh..membiarkan dia pergi dengan orang lain..negatif sekali pemikiran ini..yang lebih positif adakah perlu saya berlari sekuat-kuat hati mengejarnya dan memberitahunya akan perasaan saya ini..atau..argh…byk sungguh atau2 ini..yang tidak realistik jika tiada tindakan..

dan sekarang dikala hujung2 jari ini mengetuk mata-mata huruf wufi..saya terkenangkan dia..sihat kah dia, sudah bangun tidur kah dia, sudah makankah dia..kerana dia sudah tiada lg berhampiran saya..dia sudah pergi jauh..sangat jauh dari pandangan saya..namun, dirinya tetap dalam hati saya…agrhh…hahahahahaha…jiwangnya saya..

perasaan ini, perlukah saya melafakan " ak cintakn ko"..pdnya???????????????? 

Ya Allah, syukur aku padaMu dengan kurniaan cinta yang secebis ini dariMu..ak memohon keredhaan dan pemeliharaanMu agar cintaku kelak suci berlandaskan syariatMu..aku pohon agar ianya sejati..memberi makna pada kehidupanku ini, memberi erti kepada kematianku nanti..dan memberi kegembiraan padaku dgn limpah kurniaan cinta ini..aku pohon padaMu ya Allah..agar dia adalah yang terbaik untukku..

PECAH AKHIRNYAA~~..

January 14th, 2008 by gemilangcinta4jj1

pelik saya rasa hari ini..saya tertekan sangat sekarang..tertekan yang menyebabkan saya rasa sangat sedey..sedey sampai tak boleh keluarkan air mata..

sebab utama penghijrahan saya ke tempat lain telah menjadi bahan mulut setiap orang..saya mulanya ingin berkongsi dengan mereka2 itu perihal ini..tapi apakan daya..saya sebenarnya amat malu untuk meluahkan pada mereka..beberapa butir ayat yang keluar dari mulut ini pun kerana desakan hati..mengharap agar mereka memahami..

semalam saya ingin tidur nyenyak..walau ketika itu hati sangat tersayat dan terguris..walau kata maaf sudah terbutir..dan saya menerimanya..namun, mana mungkin saya menghilangkannya dengan hanya kerlipan mata..hati tetap terguris..tetap tersayat..tetap terluka..mungkin darah yang mengalir di hati tidak mampu ditampung dengan air mata yang enggan keluar..dan harapan saya nyenyaknya tidur saya malam tadi mampu membawa pergi kisah ini dengan mimpi yang terbang menghilang…dan harapan lagi agar siang yang bertandang tiada lagi kedukaan..

hampa saya ketika ini..saya mungkin terlalu memikirkan perkara ini..suka saya membesarkan perkara-perkara yang rasa orang lain tidaklah terlalu besar sangat..tapi bagi saya ianya amat besar..perkara yang melibatkan keaiban diri amat besar..saya sendiri pada asalnya tidak mampu menampungnya..namun, saya kuatkan hati..sehingga hari semalam..kekuatan saya merudum dengan dasyatnya..bagaimana saya ingin berhadapan dengan mereka semua..bagaimana???? saya masih mencari jawapan..untuk diri saya..

semakin hilang..

January 7th, 2008 by gemilangcinta4jj1

alhamdulillah..diberi kehidupan utk kesekian harinya..syukur..

kelmarin (ahad) saya dan sahabat sejati pergi membeli belah..masyaALLAH..abis duit yang saya peruntukan untuk biz..hurm..apa2 pon..semua berpunca kerana saya kurang menilai setiap apa yang saya beli..tp alhmdulillah..tiada apa yg kurang dengan pembelian saya..

pergi kami ke bandar dengan menumpang kereta seorang sahabat…alhamdulillah memudahkan saya untuk mengangkat printer yang nak di setting CISS..printer besar tuh..haha..kelakar juga tyme tuh..mana tak nye..masuk kedai..deal2 dgn jurujual, sedar2 selipar putus..nasib minta sahabat tadi menghantar kami di the store..dpat la beli selipar jepun..sekadar pengalas kaki..untuk perjalanan ke kuantan parade..

mau cerita shopin2 ni perkara biasa..bukan apa, perempuan ni byk sangt karenahnya..haha..saya juga begitu..masuk kedai ini, mahal sgt la..masuk kedai itu, xseswei la..macam2..kesian shbt sy nie..ape2 pon saya sudah membeli 1 beg ke kuliah, 1 sandal, dan sepansang kasut heel..dan siap setting printer..kisah printer ini pon minta tolong kawan bawk balik..

apa yang saya ingin ketengahkan didalam blog ni..ketika mahu pulang..kami naik bas..arghh penuh pula tmpat duduk..kami berdiri saja..sudah biasa keadaan begitu..namun tempat2 duduk disebelah kiri kanan kami..pasangan muda-mudi..MasyaALLAH..tidak biasa dimata saya..tidak tahu pula mata orang lain..siapa mereka ini??…bas melepasi kwasan gambang, pasangan2 ini masih tidak turun..bas menyusuri masuk kawasan kolej matrikulasi..masyaALLAH..pelajar matrikulasi rupa2nya..astaghfirullah..saya tiada kekuatan menegah dengan mulut, apatah lagi tangan..cuma kebencian semata dlm hati..

apa senario ini biasa??..mmg biasa..biasa sgt..namun jgn jadikan ianya biasa..kerana keasingan ISLAM semakin ketara..bukan tidak bertudung gadis2 itu..alhamdulillah..namun pemakaian tidak mencerminkan keperibadian..sy kurang hairan jika mereka dikalangan sahabat2 keuniversiti, tapi ini pelajar matrikulasi..lepasan sekolah menengah 6 bulan yg lepas..argh..bagaimana ingin sy luahkan dalam tulisan??..merintih sendirian saya..

andai perempuan hilang malu, musnahla dunia…

YA Allah..andai ini antara dugaan kepada hamba-hambaMu..pintaku satu, tetapkan hatiku pada ketaatan kepadaMU dan agamaMU..amienn..

p/s: pja suda mati kutu untuk meluahkan apa2..kerana derita hati lebih pedih dari mata..mata mampu mengeluarkan air menahan derita..hati???..perlukah ianya berdarah????

Tahun Baru…

January 3rd, 2008 by gemilangcinta4jj1

antara terasa atau tidak..saya hampir terlupa menulis sesuatu ttg tahun baru yang 3 hari lepas berlalu..saya langsung tidak kisah kehadiran detik2 itu..bagi saya tarikh 1 Jan sama juga dgn 3 Jan..but bg seorang muslim seperti saya..seharusnya saya peka..1 Jan kepada 3 Jan..adakah saya semakin baik??..kerana hari musti lebih baik dari semalam, prinsip ISlamiah yang mesti diguna pakai oleh insan Muslim seperti saya..agar saya tidak tergolong dalam golongan yang celaka..ALLAh..astaghfirullah..

dan hari ini ketika dalam perjalanan pulang dari bilik sahabat karib saya yang masih bergelar pengantin baru..saya langsung terfikir tahun baru..tahun baru mesti ada azam baru..azam baru kena ada iktikad baru..perlu kah azam baru kalu azam2 lepas blom lg tertunai..argh..menyusun azam memang mudah..lafaz dari bibir..tapi untuk sematkan di hati..alangkah sukar kalo utk istaqamah langsung dengan sekuat semangat..tp kalo tiada element2 ni manakan azam baru ini tertunai..

arghh..terima kasih pada sahabat-sahabat saya..alangkah terharu nya..kehadiran dan pemergian saya ditiliki..alhamdulillah..ukhwaf habluminnas yg terjalin memberi kesan yang nyata pada diri saya dan sahabat2 sekalian..alhamdulillah..saya sayang anda semua..ada yang dedikasi lagu untuk saya..kisah pemergian saya..dan ada juga kisah percintaan saya..terima kasih yerk..

Melawan Kesepian - Siti Nurhaliza
Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti
Airmata tertahan
Waktu untuk dijatuhkan

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apa pun ini
Pelajaran yang bererti

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apa pun
Semoga mampu ku lawan
Kesepianku..

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apa pun ini
Pelajaran yang bererti

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apa pun
Semoga mampu ku lawan
Kesepianku..

Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti

Wanita-Siti Nurhaliza
Aku wanita punya hati nurani
Yang tak dapat dibohongi
Pabila cinta telah membutakan mata,
Dan membuat tuli telinga

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati belahan jiwa ku ini

Cintaku ini anugerah terindah
Dari yang maha kuasa
Cintaku padamu tak pernah berubah
Meskipun kita berbeza

Aku wanita aku kaum hawa,
Yang memang rapuh hatinya
Aku wanita aku punya cinta
Selayaknya manusia

Ha a a…..
Satu yang ku mahu
Ku wanita……
Yang hanya perlu kau fahami

Wanita…..ooo…….
Ku wanita…… ooo…….
Wanita ..

tq sahabat2…

newcomer..K05..

January 2nd, 2008 by gemilangcinta4jj1

sendiri mencri penyakit..itu kata2 terbaik untuk diri saya sekarang..kerana mencari sesuatu yang menyusahkan sedang yang senang terpempam di depan mata..itu kata orang..kata sendri???lebih kurang jugak..

saya melangkah dengan pasti dalam setiap persoalan didalam kepala setiap org disekeliling..kenapa tukar kelas dr K06 ke K05??pelbagai andaian setiap org..saya terus melangkah walaupon pada permulaan sudah ingin surrender lagaknye..pergi fakulti mohon kembali keasalan..menyesal???mungkin ketika itu..sekarang???

semalam saya terperangkap dengan persoalan2 yang hadir kerana apa tukar kelas..dikelilingi insan2 tersayang (sahabat2 K06)..masih mempersoalkan hal itu..saya mati kutu bagaimana ingin menjawab..pelbagai telahan juga telah keluar dr bibir mereka..ada betul..ada salah..apa yang betul dan apa yang salah biarlah bermain2 didalam hati saya..

sebenarnya saya sendiri tidak mempunyai alasan yang tepat lagi padat untuk merungkai persoalan ini..kerana saya terlalu kecewa..kecewa dengan diri sendiri dan kecewa dengan persekitaran yang membelengu dan kadang2 saya menjadi tersangat bosan dengan hidup sebegini..saya perlu lari..tidak..saya perlu melangkah lagi..melangkah dalam mencari..mencari realiti hidup sendiri..

biarlah ianya menjadi persoalan..pada yang mendapat jawapan dari mulut saya semalam..terimalah..itu salah satu alasan antara alasan2 yang saya sendiri tidak pandai dan tidak tahu bagaimana untuk merungkai..pada yang sudah tahu..simpan sahaja cerita itu..harapan saya semoga cerita itu tidak berulang..kerana saya sangat derita..derita dengan malu..malu dengan kecewa..dan saya melangkah dengan melambai kenangan kita bersama..memori itu sy pahat kukuh dalam hati..semoga ia berulang dengan kisah2 manis..seperti semalam mungkin..saya sangat gembira..terima kasih..

December 16th, 2007 by gemilangcinta4jj1

my horoscope today

Are you getting sucked into the misconception that bigger is better? This could be a big mistake right now. Your energy is much better suited for smaller places, quieter sounds, and lower expectations. Instead of getting a multi-modified cup of fancy coffee that takes ten minutes to make and ten dollars to purchase, opt for a plain old cup o’ Joe, hold the cream and sugar. Open a window and listen to the birds chirp. Get back to the basics and remember: Sometimes, less is more…

hurmmm…mmg xdinafikan…sekrang mmg byok tkanan..huhu..smalam cam rasa xlarat..n hope sumbadi look over me..hurm..ignore it!!!..Allah ada sebelah aku..ada DIA aku xperlukan yang laen..Alhamdulillah..

ops..tp arini mmg da ok..siap srapan pgi ngn nod..sok leh da dftar nama utk skim pelajar bekerja..hrp2 xbz sgt..leh cri wet lebey2..hikhik..

sok balik kg..mcm mn la keadaan atuk aku nie..sihat la hndaknyer..tiada sbrang berita dr mak pon..sok balik aku nk g tgok atuk kat spital..risau aku..hurm..

sok2 aku xder la update my frenster..dah dok umah…lgsung terputus hub..hahaha..kalo ade topup leh msg2 ngn kwn..kalo xder just dok diam2 smbil tgok astro..

stop smpai cnie..just wanna say..alhamdulillah setiap kurniaan..

Kad_raya_aji_1

kad raya aidiladha utk kwn2..

Blom ahakz…ciptaan berjaya..!!~~~~

the future not ours..

December 14th, 2007 by gemilangcinta4jj1

huhu..

aku mimpi ngeri mlm td..

hrp2 xblaku apa2..

insyaALLAH..ini suma mainan tidur..

apa2 pon yg berlaku ini adalah qada n qadar ALLAH..

redha la apa2 pon…amien…semoga diberi kekuatan dri..

bosannnyee

December 13th, 2007 by gemilangcinta4jj1

skrang aku wat rutin cm kat umah lak..

bangun tido..

lepak dpn wufi..

bukak email..

approve comment2 fs..(kalo ade r..kalo xde aku keciwa..ahakzz)

mandi..solat..zuhur..asar..mgrib..isyak..

lpk dpn wufi balik..

skipping 200 kali..

lepas lelah..

skipping balik..

lpk dpn wufi lg..

ape nyer bosaan daa xtvt aku..

yaya pon da balik umah..

opss..aku mkn megi ari nie..sedap~~~..

n aku dpt keje kat pbmsk..senin start..

hurm..ngah berfikir2..ingin quit from it o not…aduh2..

horoskop ari ni pon sgt berkaitan..(bkn nak percaya sgt pon)..

You have a bit too much on your plate right now. So today, try to just let go of some of it. Part of the stress you are going through (if not all of the stress you are going through) is self-inflicted. So if you can get yourself to see things in a more carefree way, you will start to feel more carefree overall. Your emotions might be clouded up, but that is because you are distracted. Turn away from your personal worries by getting involved in positive, fun things with friends.

saya sedang merindu~~~~

December 12th, 2007 by gemilangcinta4jj1

Apa kisah yang saya ingin nukilkan di dalam blog saya yang tidak seberapa ini adalah mengenai abah saya..ketika saya menaip kisah ini, air mata saya tidak henti-henti mengalir..kerana saya rindu sangat pada abah saya..mungkin kerana saya sunyi..jiwa pon terasa sangat kosong..abah~~adik ingin berkongsi cerita kita..harap abah izinkan..

Abah saya merupakan mualaf india yang memeluk Islam ketika beliau masih kanak-kanak lagi..dia dipelihara oleh keluarga angkat Islam..beliau juga merupakan seorang usahawan muda yang kaya di kampong saya ketika itu..abah dan emak saya berkahwin 30 tahun yang lalu..atuk dan opah saya memang merestui perhubungan ini..abah saya merupakan menantu yang paling disayangi oleh atuk dan opah..keluarga kami ketika itu (aku tidak wujud lg ketika itu) sangat kaya dengan hasil perniagaan dan penternakan hasil usaha abah..

Namun, jodoh pertemuan ajal maut ditangan ALLAH..apa yang berlaku, kita sebagai umat Islam yang beriman perlu memenerimanya..abah dan emak berpisah ketika usia saya genap setahun dua hari..emak saya mengalami tekanan perasaan yang dasyat..emak memang tidak dapat menerima perpisahan ini..kakak-kakak dan abang saya sudah cukup akal untuk mengerti segala yang berlaku dihadapan mereka..terseksa dengan keadaan ini..saya masih tidak dapat menggambarkan situasi itu..kerana saya tersangatlah kecil untuk mengerti..hingga hari ini saya tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu kenapa situasi perpisahan ini berlaku

Membesar kami adik beradik di bawah jagaan emak, atuk dan opah..hidup serba sederhana dengan dengan sebuah kedai makan yang abah siapkan untuk emak untuk menyara kami adik beradik..abah tidak pernah melupakan kami..tiap-tiap hari jumaat abah akan datang ke kampong untuk menjenguk kami adik beradik..ketika saya berada di dalam darjah dua abah mengambil saya dan abang untuk duduk sehari dua dengannya..namun saya pelik..kenapa ada wanita lain dalam rumah abah..rupa-rupanya inilah wanita yang sering abah sebut-sebutkan setiap kali menjenguk kami..saya memanggil wanita manis dan baik hati itu Mak Ani..emak tiri saya

Saya mendengar dan membaca kisah-kisah ibu tiri dari pelbagai sumber..emak tiri adalah wanita paling jahat dalam dunia..benarkah begitu??..saya tidak terpengaruh dengan cerita-cerita itu kerana Mak Ani adalah wanita yang baik dan cantik..setiap kehendak saya ketika itu sememangnya kurang mengerti sentiasa dituruti..

Hidup kecil dan remaja saya sering mendapat ejekan daripada kawan-kawan..kutukan anak hindu, keturunan india, hitam antara yang mereka ejekan..hari-hari saya balik rumah mengadu pada emak dan mengatakan saya menyesal menjadi anak abah..kerana abah saya jadi begini..astaghfirullah..tp saya sangat kecil masa itu..saya tidak pernah memikirkan apa-apa yang kesan daripada percakapan saya..(maafkan adik, bah)..emak cuma menenangkan saya dengan memujuk supaya saya belajar bersungguh-sungguh..kerana paras rupa bukan ukuran pada masa akan datang..tapi kejayaan dalam pelajaran..saya menganggap itu cuma pujukan kosong..setiap hari emak hanya berkata sebegitu apabila setiap kali saya mengadu..dan semakin hari semakin mendalam kebencian pada abah..

Saya menjadi pelajar pintar di sekolah..pelajar terbaik di asrama..saya dikatakan mempunyai anugerah anak campuran..sememangnya anak campuran mengikut kajian adalah anak-anak yang pintar..tapi saya hanya menganggap itu sebagai perkara biasa..sebagai anak ingin emak saya gembira..ini adalah doa emak saya..saya juga ingin menjadi anak yang baik, pintar, rajin, dan menyenangkan hati emak..kerana hidup saya bukan satu kebetulan yang kosong..Alhamdulillah..tapi diketika usia ini, saya membenci abah saya..bagi saya cukup emak sahaja dihati saya..emak sudah memadai bagi saya..saya juga ada datuk yang sangat sayangkan saya..cukup..tidak perlu pada yang lain..

Kebencian saya pada abah (maafkan adik abah..) semakin meluap-luap ketika saya ditawarkan melanjutkan pelajaran di peringkat diploma..abah menyaran saya mengambil jurusan undang-undang..mahu anaknya ini menjadi peguam barangkali..tapi saya lebih terjurus kepada bidang kejuruteraan..sebab saya anak abah..(darah abah mengalir dalam diri saya)..hidup abah sendiri terjurus kepada bidang perniagaan kejuruteraan..abah tidak mahu memberi pertolongan dari segi kewangan pada saya yang ketika itu sangat terdesak dengan keperluan perbelanjaan pendaftaran di universiti..saya sedih dan hanya boleh mengadu pada emak..emak hanya diam..

argh~~sebelum terlupa..diketika saat itu dan hingga hari ini emak sudah menjadi milik lelaki lain..lengkap sudah kiranya hidup saya..ada emak, abah, ibu tiri, dan ayah tiri..ayah tiri(lelaki yang memberi beban kepada hidup kami sekeluarga..kesian emak..terperangkap)..kisah emak dengan lelaki itu biarkan berlalu..saya tidak punya keinginan berkongsi kisah saya dengannya..

aku pergi tanpa bersalaman dengan abah..bagi aku tidak penting langsung..dan ketika itu boleh dikatakan aku pergi hanya dengan restu emak, atuk juga saudara mara yang lain..abah tidak langsung..sebenarnya sudah bertahun-tahun saya tidak berjumpa dengannya..raya pun saya tiada keinginan untuk berjumpa..begitu benci saya padanya..(maafkan adik abah).. dan baru melangkau dua bulan saya di kampus, kakak saya memberitahu bahawa abah kembali semula ke kampung kami..saya ingat abah hadir seketika..telahan saya meleset sama sekali..abah mendirikan sebuah kedai makan berhampiran dengan kedai yang dibinanya dahulu untuk emak..adakah kerana ingin bersaing dengan emak saya??saya kurang pasti..emak juga ketika itu sering sakit-sakit..saya pulang ke kampong..melawat emak..dan juga ingin melihat abah saya..saya mengaku saya mula rindu pada abah saya..rindu sangat-sangat.. saya melihat kedai yang dibaikinya (kedai itu sangat buruk sebelumnya)..dari jauh..keadaan berubah sama sekali..kedai itu kemas..cantik..ceria dengan cat hijau..memang berubah sangat..saya kagum dengan kreativiti abah..saya senyum sendirian ketika itu..dan ketika saya dari rumah kakak ke kedai emak, saya berkesempatan melewati kedai baru abah..dan terserempak dengan lelaki yang saya sangat rindui itu..abah semakin kurus saya lihat..tetapi saya hanya sempat mengangkat tangan kepadanya sahaja..juga senyum..dia membalas lambaian saya..(sedih sangat ketika menulis..air mata mencurah-curah)..kerana itulah detik-detik terakhir saya secara tidak sengaja menyapa dengannya..Alhamdulillah, syukur..Allah memberi saya peluang itu..

bulan ketiga saya di kampus, saya mendapat berita paling sedih dalam hidup saya..abah saya sudah kembali ke rahmatullah..abah saya sudah tiada lagi dalam dunia ini..abah saya sudah tiada disisi saya lagi..dulu saya tidak kisah ada dia atau tiada..tapi sekarang saya merasa kehilangan sesuatu yang beharga..sesuatu yang tiada ganti..saya sekarang anak yatim..saya merasa kehilangan..itu yang saya rasa ketika itu..abah…saya terkilan sangat..kerana kebencian dan keegoan, tidak sempat saya memohon ampun..anak apakah saya?????

saya tidak punya abah..Mak Ani juga sudah pergi jauh dari hidup kami..adik-adik saya..anak-anak abah dengan Mak Ani juga sudah tiada di sisi kami..namun, sempat abah berpesan kepada kakak saya yang mendakap abah diribaannya, sebelum abah menghembuskan nafas terakhir..abah berpesan..jagalah adik-adik itu kalau dia tidak ada lagi dalam dunia ini..abah tidak menyebut nama saya di saat itu kata kakak..saya sedih..abah lupa sayakah???…saya tidak tahu..dan sudah menjadi tradisi diri abah..dia meninggalkan kedai makan kepada Mak Ani sebelum dia pergi..begini juga yang terjadi kepada emak dahulu…kedai makan juga..untuk menyara anak-anak..sekarang kedai itu sudah di jual…kepada siapa..saya tidak tahu…

sekarang..

ketika ini..

saya menulis..

mengetuk mata-mata huruf di badan wufi..

dengan linangan air mata..

iringan lagu perpisahan di corong set kepala..

saya sangat rindukan abah saya..

rindu yang saya tidak dapat tahan-tahan..

rindu sangat..

saya berdoa saya menjadi anak yang solehah..

kerana doa anak solehah yang menjadi hadiah bekalan abah di sana..

abah..

berbahagialah dirimu..

di sisi Tuhan yang Maha Esa..

saya juga..akan menyusulmu..

akan berada di sisiNya..

kini juga saya ketahui..

paras rupa bukan ukuran..

kecantikan bukan kekalan..

kutukan kurniaan Allah..astaghfirullah..

hanya takwa membezakan manusia di sisiNYA..

maafkan saya abah..maafkan adik..ampunkan semua salah adik, bah.. abah tetap abah saya.. ketika ini juga saya amat memerlukan abah saya.. Al-fatihah..

Emak..saya berjanji dengan diri saya..layanan bagaimanapun yang saya terima..baik buruk..pahit manis..saya tak akan hampakan emak..emak..adik janji..kepada semua di luar sana..jika berkesempatan membuka dan membaca cerita ini..saya mohon..jangan sia-siakan mereka..buangkan keegoan dan kedegilan kalian..jangan menjadi anak seperti saya..peliharalah hati mereka..jika tidak..anda juga akan menyesal seperti saya..hanya yang terbaik untuk mereka..

SAYA SAYANG EMAK…SAYA SAYANG ABAH…SAYA SAYANG ATUK…SAYA SAYANG OPAH..SAYA SAYANG KAK IJA..SAYA SAYANG KAK WATI…SAYA SAYANG KAK IZMA…SAYA SAYANG ABANG NUAR…SAYA SAYANG SEMUA…TIDAK BERBELAH BAGI..